Kejohanan Olahraga Kali Ke-18 |
Pada 21hb April 2012 yang lalu telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga kali ke – 18, SMK Taman Seraya. Kejohanan in telah dijalankan di Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur. Acara yang terlibat dalam kejohanan tersebut adalah seperti 100 meter, 200 meter, 400 meter, 4 X 100 meter dan 4 X 400 meter. Kesemua acara tersebut melibat kategori Lelaki 1 (L1), Lelaki 2 (L2), Lelaki 3 (L3), Perempuan 1 (P1), Perempuan 2 ( P2) dan Perempuan 3 (P3). Bagi ketegori L1 dan P1 adalah untuk pelajar tingkatan 5 sahaja, manakala kategori L2 dan P2 adalah untuk pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4, dan b agi tingkatan 1 dan tingkatan 2 adalah dalam katogeri L3 dan P3. Sebelum berlangsungnya acara kejohanan di stadium bagi acara balapan, acarara padang telah diadakan terlebih dahulu di padang sekolah pada 5hb hingga 12hb April 2012. Dalam acara perbarisan, Kontijen Rumah Sigma maskot sotong kurita dan burung helang telah memenangi acara tersebut. Manakala bagi keseluruhan acara dalam kejohanan olahraga kali ke-18 telah dimenangi oleh Rumah Alfa. Pada hari tersebut juga telah disampaikan juga hadiah kepada Olahragawan dan Olahragawati SMKTS. Adita Rahmat telah dinobatkan sebagai Olahragawan 2012, manakala Olahragawati telah dinobatkan kepada Chiew Shi Wai. |
No comments:
Post a Comment